Join Our Big Happy Family & Be Happy!

Tuesday, August 6, 2013

KHAS untuk anda yang ada masalah kulit jenis berminyak sahaja

Anda ada masalah kulit berminyak?
Bagaimana nak tahu jika kulit anda dalam kategori berminyak ataupun tidak?

Kulit berminyak paling senang kalau nak tahu, jika anda bangun pagi, terasa berkilat atau tak selesa di wajah.

Ciri-ciri kulit berminyak: 
- memiliki pori-pori wajah yang besar
- mudah dijangkiti masalah jerawat kemerahan, jerawat pasir, jerawat nasi, jerawat batu

Keistimewaan kulit jenis berminyak:
AWET MUDA!!!
wah... beruntung siapa yang memiliki kulit jenis berminyak...
namun begitu, penjagaan rutin perlu dilakukan dengan sebaiknya bagi mengelakkan wajah anda menjadi huduh akibat kesan jerawat yang tidak dirawat dengan betul

Cara rawatan yang tepat:
- Pastikan minyak dikawal dengan produk penjagaan wajah yang mengandungi Tea Tree
- Pastikan produk tersebut tidak mengeringkan kulit dengan memiliki agen pelembut dan pelembap kulit seperti Vitamin E, Mineral Complex dan Willow Bark
- Paling penting sekali, pastikan produk yang anda gunakan TIADA PARABEN, TIADA ALKOHOL, TIADA MINERAL OIL, TIADA SILIKON kerana bahan-bahan tersebut akan merengsakan kulit dan merosakkan kulit untuk jangka panjang