Join Our Big Happy Family & Be Happy!

Daftar Email anda untuk dapatkan info cantik dari kami

Klik Foto Untuk Lihat Jadual Kursus

Klik Foto Untuk Lihat Jadual Kursus
Ikuti Kursus Solekan Peribadi | Andaman Pengantin bersama AzzaLynn Bridal | 012-2399629

Friday, January 30, 2015

Nak Belajar Solekan secara PERCUMA?

Kenapa? Tak Percaya?
Untuk membantu anda, kami akan mengadakan kursus Solekan (latihan praktikal) secara PERCUMA seperti di maklumat berikut:

Lokasi: House of AzzaLynn, Kompleks Puchong Perdana, Puchong (Kod: PU)
Tarikh: 19 Februari 2015 (Hari Khamis - cuti Chinese New Year)
Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
Yuran: RM350.00 seorang RM0.00
Bil Peserta: TERHAD 
Hari TERAKHIR daftar 5 Feb 2015 
.



Biasanya kami caj RM350 seorang untuk kursus solekan ini
Kami ingin memberikan nilai tambah kepada anda secara PERCUMA...
Ini adalah aktiviti kemasyarakatan yang dibuat untuk membantu anda.

Dengan mengikuti kursus PERCUMA ini anda dapat menambah nilai kewangan dalam keluarga. Dapat membantu suami dan keluarga mengurangkan beban perbelanjaan tahun 2015 yang serba mencabar ini.

Siapa yang layak mengikuti bengkel PERCUMA ini?
  • Anda yang ZERO Knowledge tentang solekan
  • Anda yang tak pernah belajar solekan secara praktikal 
  • Anda yang boleh berikan komitmen (yang daftar tapi gagal hadir tidak dialu-alukan kerana ia menutup peluang orang yang betul-betul memerlukan ilmu ini... oleh itu sila fikir panjang sebelum daftar)
  • Anda yang boleh bawa buku nota dan pen sewaktu hadir kelas
  • Anda yang boleh hadir dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang (latihan praktikal akan diadakan... ia memerlukan komitmen anda)

Bagaimana untuk mendaftar?
Caranya senang saja:
SMS ke 012-2399629 <NamaPenuh><TarikhLahir> <Email><FREE KSFCC><PU> ke 012-2399629
Anda akan menerima sms jawapan dari kami bermula jam 9 malam

Share info ini jika anda ingin rakan2 anda turut sama Belajar secara PERCUMA!!!

Jangan kedekut.... Ilmu harus dikongsi bersama rakan2 anda.

Oh ya!!! Jangan ramai-ramai ye. 5 orang yang BERTUAH sahaja DIBENARKAN HADIR pada tarikh tersebut. Kerusi tak cukup dear.



Hari TERAKHIR daftar 5 Feb 2015 



ps: Saya sedang mencari lokasi untuk kursus PERCUMA di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Jika ada yg berminat, boleh uruskan?



Thursday, January 29, 2015

Feedback Jurusolek Comel & Cute - Zaney Kedah


Happynya!!!! 
Feedback daripada regular customer, Zaney seorang mekap artis dari kedah.

Zaney borong banyakkkk produk FCC untuk digunakan bagi solekan pengantin. Inilah hasilnya!!!! Cantik kan? 

Solekan mulus
Solekan Gebu
Solekan Comey
Solekan Sweet

Mulus... Gebu.... Comeyyyy.... Sweeeettt...

Tak perlu tebal-tebal. Solekan natural guna High Performance Foundation sahaja.

Terracotta Mono Eyeshadow



Terracotta Mono Eyeshadow

9 beautiful colors of Terracota Mono Eyeshadow.
01 : navy blue/dark blue
02 : lilac/soft purple
03 : lime green
06 :
naturally peachy pink 
09 : highlighting white 
10 : Natural dark brown 
13 : silvery grey to black
15 : bright and lively yellow 
18 : Natural reddish pink

Wednesday, January 28, 2015

Apa Yang Kita Cari Dalam Hidup?

Salam Indah Kesayangan,

Dunia wanita sememangnya penuh dengan warna warni.
Baik pakaian, persembahan makanan dan paling menarik hiasan diri iaitu Solekan.

Wanita sukakan keindahan. Ada yang tak suka? Baik angkat tangan sekarang!!! :)

Manakan tidak, sedari kecil disarungkan pakaian indah. Gaun ropol. Skirt kembang. Tahun lepas sibuk dengan gaya princess frozen. Rambut diikat riben satu mahupun riben dua.
Melihat ibu sebagai contoh. Kita sentiasa mengagumi ibu kita bukan?
Cemburu melihat ibu mencalit lipstick di bibir keringnya. Maka diam-diam kita selongkar almari solek ibu meniru yang sama. Tapi bukan di bibir. Ada di dahi, ada di pipi, ada di badan, ada di baju.... oh ya! Tak lupa juga di dinding rumah, di lantai rumah. Secubit kasih ibu sudah pasti bakal hinggap di tangan kecil kita.

Menjelang dewasa, kita pandai mencari lipstick dan lengkap alat solek sendiri. Tidak lagi mengganggu hak milik ibu. Kalau sewaktu kecil dulu kita main bedal saja. Namun kini kita sudah semakin bijak. Mencari yang HALAL untuk digunakan di tubuh kita. Agar tidak terpalit dengan bahan-bahan terlarang. 

Menjelang pernikahan, terkadang waktu terlajak menginjak waktu solat. Oleh itu, alat solekan yang HALAL ini boleh terus saja digunakan ketika solat. Nah! Pastikan ada wudhu' dahulu ya!

Sebagai jurusolek pula, pastikan kita laksanakan tanggungjawab dengan menggunakan alat solekan yang HALAL untuk pelanggan kita. InsyaAllah pasti lebih baik.


Pengalaman lawatan niaga saya ke negara China, Indonesia, Thailand dan juga Emiriyah Arab Bersatu (UAE - Dubai & Abu Dhabi), saya berpeluang mencari dan mengenali produk solekan tiruan yang dihasilkan atas jenama antarabangsa serta dijual dengan harga yang jauhhhhhhh sangat murah. Hasil berurusniaga dengan negara-negara tersebut, saya mudah kenal dengan teknik pembungkusan dan tekstur barangan. Mana yang asli  dan mana yang tiruan.

Syukur Alhamdulillah. Pengalaman niaga ini banyak membantu saya untuk terus mengekalkan membekalkan apa yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah




Thursday, January 15, 2015

Siapa Ada Masalah Jerawat Berlubang?

Ada kenal sesiapa yang ada bekas jerawat berlubang?

Bosan mekap tebal-tebal?

Di sini jawapan dia.

FCC Foundation Stick ni ada Vitamin E and collagen

Tau kan Apa fungsi Collagen? Tau kan Apa fungsi Vitamin E?

Tahu kan, ada golongan wanita yang TAK BOLEH CONSUME (Makan) COLLAGEN
Kalau makan Collagen nanti akan dapat CANCER.
--> Saya adalah termasuk di dalam golongan wanita yang TAK BOLEH CONSUME (Makan) COLLAGEN  dan mudah dapat CANCER jika salah makan. <--

Jealous kan tengok orang lain makan Collagen dapat kulit cantik. 
Tapi kalau kita makan, terus dapat CANCER.

Oleh itu, bagi golongan yang TAK BOLEH Ambil COLLAGEN, mereka hanya BOLEH PAKAI sahaja secara luaran.

Pakai FCC Foundation Stick ni bukan setakat nak nampak mekap licin, tapi... ia sangat membantu memperbaiki masalah bekas jerawat yang lubang-lubang tu.

Begini cara merawat masalah jerawat berlubang-lubang tu:

  1. Bersihkan muka dengan Makeup Remover Vitamin E Rosehip [Click to View] 
    • tujuannya untuk pastikan muka tak berminyak dan memastikan tidak ditutup dengan excessive oil
  2. Gunakan Berus Foundation jenis sintetik keras untuk sapuan FCC Foundation Stick. Jika tiada, gunakan Sponge Latex. Sapu seluruh wajah dan ratakan.
  3. Tutup dengan Bedak Silky Touch Compact Powder [Click to View]. Paling cantik guna Wet & Dry Two Way [Click to View].
  4. Taraaa!!!! Flawless & Radiant Look! Solekan nipis tetapi memberi kesan kemas, licin dan gebu. Pastikan anda belajar teknik solekan yang betul ya!



TIPS 
Untuk Kulit KERING dan BERKEDUT (ada garisan halus) - sila tambah foundation jenis cecair terutamanya High Performance Foundation yang ada fungsi ANTI AGING.

Terdapat dalam 4 warna:
05 : untuk kulit cerah putih
06 : untuk kulit cerah yang bertona pink/kemerahan/beige
07 : untuk kulit cerah yang bertona sun burn/coklat
08 : normal natural untuk yang sederhana gelap