Kepada para pencinta teknik solekan natural/asli
"The Best Thing Is To Look Natural, But It Takes Makeup To Look Natural"
Apakah yang dimaksudkan dengan solekan Natural atau Asli?
Solekan Natural memberikan maksud, solekan yang tampil tiada perbezaannya dengan warna kulit.
Solekan Natural memberikan penampilan kemas dan berseri tanpa menampakkan seolah-olah anda SEDANG BERSOLEK.
Kata Kunci Utama Solekan Natural ialah: Tanpa Nampak Bersolek
[cantiknya kulit.... Macam Tak Mekap je... Macam Tak Mekap je...]
Solekan Natural memberikan penekanan kepada beberapa aspek berikut:
- Bedak Asas: Warna Bedak Asas mestilah tampil sama warna dengan kulit. Tidak lebih putih atau tidak lebih gelap dari kulit. Apabila anda tersenyum, garisan bibir tidak memberikan hasil lorekan yang berkerak menandakan anda sedang memakai bedak asas. Penggunaan CC Cream dan juga BB Cream memberikan kepuasan kepada pencinta solekan Natural kerana memberikan penampilan kulit wajah yang gebu tanpa nampak bersolek.
- Solekan Mata: Warna Solekan Mata tidak terlalu garang dan tidak terlalu pekat tetapi masih tampil memikat dengan warna-warna alami seperti coklat dan hitam. Koleksi Pencil KOHL FCC dan juga Soft Touch Eyeshadow menjadi pilihan solekan tanpa nampak bersolek.
- Pemerah Pipi: Warna Pemerah Pipi mengekalkan keaslian warna pipi. Penggunaan warna lembut seperti Baby Pink, Harmony dan Peach memberikan penampilan yang lembut dan menawan. Powder Pearl Blusher FCC Kod 01 merupakan Kod warna terbaik memberikan penampilan segar tanpa nampak bersolek.
- Gincu Bibir/Lipstick: Ramai yang tahu tentang pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna-warna seperti coklat dan nude. Apa yang perlu anda ingat, Warna Natural ialah warna Soft Pink, Peach, Soft Maroon dan Orange merupakan pilihan warna natural yang bersesuaian untuk pelbagai warna kulit. Tidak semua orang nampak Natural apabila menggunakan warna Coklat.
Semoga Tips ini dapat membantu anda membuat pilihan.
Emailkan pertanyaan anda kepada azian@draz.my jika anda memerlukan konsultasi daripada saya secara peribadi. InsyaAllah akan cuba dijawab dengan segera.