Join Our Big Happy Family & Be Happy!

Wednesday, February 12, 2014

Base Makeup dan juga Foundation

Bismillahirrahmanirrahim.....

Nampaknya ramai yang masih keliru dengan Base Makeup dan juga Foundation. Ramai juga MUA yang bertelagah pendapat mengenai hal ini.
Namun begitu saya mengambil pendekatan berasaskan bahasa kamus yang saya fahami dan saya pelajari. Mungkin pandangan kita berbeza.
Saya hormati pandangan anda. Lain sekolah, lain ajarannya. Raikan perbezaan kerana akal dan penerimaan kita tidak sama. Tingkahlaku kita dan penerimaan otak kita dilatih oleh guru yang berlainan, persekitaran yang berlainan, cuaca dan medan yang berlainan.
Beruntungnya kita menjadi manusia yang dikurniakan akal untuk saling meraikan ilmu.

Cara paling mudah untuk diingat, saya ulang balik maksud yang difahami berdasarkan kamus.
Base Makeup [English] = Asas Solekan/Solekan Asas [Bahasa Melayu]
Foundation [English] = Asas [Bahasa Melayu]

Mudah bukan?

Baiklah. Saya tidak ingin menyulitkan lagi pemikiran anda. Ini adalah kerana pemikiran kita telah dicemari dengan teknik pemasaran daripada para pengeluar produk. Hakikatnya mereka mengeluarkan produk yang sama, tetapi diberikan nama dan wajah baru bagi memberi peluang mengeluarkan harga baru dan mendapatkan pasaran baru.
Itulah yang dinamakan Marketing Strategy [English] = Teknik/Strategi Pemasaran [Bahasa Melayu]
Khususnya dengan teknik ini, keuntungan pasti berlipat ganda!!!


Jika anda mengambil Diploma/Degree/Masters di dalam Business Studies ataupun Marketing. Anda akan pelajari teknik ini dengan lebih mendalam.

Anda ada persoalan? Drop me an email, I am more than happy to lend a hand :)

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar anda
Call or SMS 012-2399629
Whatsapp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my