Join Our Big Happy Family & Be Happy!

Wednesday, January 28, 2015

Apa Yang Kita Cari Dalam Hidup?

Salam Indah Kesayangan,

Dunia wanita sememangnya penuh dengan warna warni.
Baik pakaian, persembahan makanan dan paling menarik hiasan diri iaitu Solekan.

Wanita sukakan keindahan. Ada yang tak suka? Baik angkat tangan sekarang!!! :)

Manakan tidak, sedari kecil disarungkan pakaian indah. Gaun ropol. Skirt kembang. Tahun lepas sibuk dengan gaya princess frozen. Rambut diikat riben satu mahupun riben dua.
Melihat ibu sebagai contoh. Kita sentiasa mengagumi ibu kita bukan?
Cemburu melihat ibu mencalit lipstick di bibir keringnya. Maka diam-diam kita selongkar almari solek ibu meniru yang sama. Tapi bukan di bibir. Ada di dahi, ada di pipi, ada di badan, ada di baju.... oh ya! Tak lupa juga di dinding rumah, di lantai rumah. Secubit kasih ibu sudah pasti bakal hinggap di tangan kecil kita.

Menjelang dewasa, kita pandai mencari lipstick dan lengkap alat solek sendiri. Tidak lagi mengganggu hak milik ibu. Kalau sewaktu kecil dulu kita main bedal saja. Namun kini kita sudah semakin bijak. Mencari yang HALAL untuk digunakan di tubuh kita. Agar tidak terpalit dengan bahan-bahan terlarang. 

Menjelang pernikahan, terkadang waktu terlajak menginjak waktu solat. Oleh itu, alat solekan yang HALAL ini boleh terus saja digunakan ketika solat. Nah! Pastikan ada wudhu' dahulu ya!

Sebagai jurusolek pula, pastikan kita laksanakan tanggungjawab dengan menggunakan alat solekan yang HALAL untuk pelanggan kita. InsyaAllah pasti lebih baik.


Pengalaman lawatan niaga saya ke negara China, Indonesia, Thailand dan juga Emiriyah Arab Bersatu (UAE - Dubai & Abu Dhabi), saya berpeluang mencari dan mengenali produk solekan tiruan yang dihasilkan atas jenama antarabangsa serta dijual dengan harga yang jauhhhhhhh sangat murah. Hasil berurusniaga dengan negara-negara tersebut, saya mudah kenal dengan teknik pembungkusan dan tekstur barangan. Mana yang asli  dan mana yang tiruan.

Syukur Alhamdulillah. Pengalaman niaga ini banyak membantu saya untuk terus mengekalkan membekalkan apa yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah