3 April 2013
NATURALIFE Solution Sdn Bhd, pengedar tunggal produk kosmetik halal Farmasi Colour Cosmetics (FCC) di Malaysia, Indonesia dan Thailand memperuntukkan RM500,000 untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap produk kosmetik halal.
Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Datuk Ismail berkata, sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan lima tahun lalu, produk FCC menerima sambutan baik kerana kesedaran penggunaan produk halal makin meningkat.
“Ramai pengguna hari ini yang mencari produk kosmetik halal, namun menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya.
“Oleh itu, kami tampil untuk memenuhi kehendak pengguna. Produk FCC bukan sahaja halal dari segi bahan mentah yang digunakan, tetapi juga halal dari segi pemprosesan dan pembungkusan,” katanya selepas melancarkan produk terbaru CC Cream Semua Dalam Satu di Petaling Jaya, semalam.
Setakat ini, produk FCC yang berasal dari Istanbul, Turki itu mempunyai 200 hingga 500 produk unit simpanan dari pelbagai rangkaian termasuk wangian, penjagaan diri serta kulit.
Di Malaysia, perniagaan FCC dijalankan melalui tiga cara iaitu konsep runcit, rakan niaga dan atas talian.
Sehingga kini, produk FCC dipasarkan di pasar raya terpilih Parkson, Jusco, Aeon Big dan di lebih 60 rakan niaga seluruh negara.
Menurut Ili, buat masa ini, syarikat itu akan lebih menumpukan untuk mengukuhkan pasaran di Malaysia sebelum meneroka pasaran baru di Indonesia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Bagi mengukuhkan lagi jenamanya, FCC akan memperkenalkan produk baru dua bulan lagi selain menambah rangkaian produk seperti barangan bayi.