Join Our Big Happy Family & Be Happy!

Sunday, May 26, 2013

Kenali Argan Oil || Minyak Argan



Minyak Argan dihasilkan daripada kacang Argan datang dari pokok Argan, yang hanya tumbuh di Maghribi (Morocco).

10 Kegunaan Minyak Argan untuk KECANTIKAN anda:

1. Pelembap Wajah || Face Moisturiser - Selepas pembersihan wajah pada wakti siang atau malam, urut beberapa titik minyak argan terus ke muka dan leher anda. Minyak Argan dikenali sebagai minyak yang kering. Oleh itu, ia cepat menyerap dan tidak berminyak. Jika anda ingin menggunakannya sebagai serum, sapukan krim malam anda selepas minyak menyerap ke dalam kulit.

2. Hydrating Toner  - Tambah beberapa titik minyak argan sewaktu menyapukan ke toner kegemaran anda untuk mengelakkan kekeringan pada kulit wajah. Anda boleh membuat toner anda sendiri dengan menambah beberapa titik minyak argan ke dalam Air Mawar atau Air Orange Blossom.

3. Meremajakan & Mencerahkan wajah - Tambah beberapa titik minyak argan untuk topeng muka yang anda beli. Anda juga boleh membuat topeng wajah sendiri dengan mencampurkan 1 sudu besar jus lemon, 3 sudu teh yogurt, 1 sudu madu dan 3 titik minyak argan dalam mangkuk. Sapukan pada  wajah yang telah bersih dan kering seterusnya biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air suam.

4. Lip Scrub || Pembersihan dan Pelembap Bibir - Untuk melicinkan dan melembapkan bibir anda, tambah beberapa titik minyak argan dan ekstrak vanila. Buat urutan ringan ke bahagian dalam bibir menggunakan gerakan membulat dan bilas.

5. Seri Wajah || Face Glow - Tambah setitik atau dua minyak argan ke dalam bedak asas anda, bronzer atau pelembap berwarna untuk mendapatkan kesan bercahaya. 

6. Conditioner || Perapi Rambut - Selepas mandi, sewaktu masih basah, tambah beberapa titik minyak argan kepada hujung rambut anda dan kulit kepala untuk mengatasi nyahhidrat dan melembapkan rambut. Ia amat berkhasiat jika rambut anda kering daripada penggunaan harian alat pengering/pelurus rambut.

7. Rambut Yang Bersinar || Hair Shine - Apabila rambut anda kering, gunakan sebagai produk penggayaan. Letak beberapa titik minyak argan ke tapak tangan anda. Sapu kedua tapak tangan anda bersama-sama dan bawa jemari anda melalui rambut untuk mencipta kesan rambut yang bersinar dan melembutkan gulungan rambut. Anda hanya memerlukan jumlah yang kecil. Ia akan tahan seharian.

8. Rawatan rambut || Hair Treatment - Urut jumlah yang secukupnya minyak argan ke dalam rambut anda dari hujung rambut hingga kulit kepala. Bungkus rambut anda dan tinggalkan ia pada waktu tidur. Pada waktu pagi, cuci rambut anda dan anda akan memperolehi rambut yang bercahaya dan lembut.

9. Kuku dan Kaki || Cuticle & Heel Softener - urut beberapa titik minyak argan ke bahan kutikel untuk melembutkan, melembapkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku. Gunakan sebagai rawatan semalaman untuk menyuburkan rekahan tumit. Tutup dengan stoking dan anda akan memperolehi tumit yang halus sewaktu bangun pagi.

10. Rawatan Tubuh Badan || Body & Bath Oil - Tambah beberapa titik minyak argan secara terus pada kulit anda, ke dalam tab mandi atau sebagai losyen badan. Ia adalah selamat untuk digunakan pada bayi dan boleh membantu mengurangkan kesan regangan pada perut hamil juga.